7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

0
348

Sempena kebenaran rentas negeri telah dibenarkan oleh kerajaan Malaysia ini, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk bercuti. Admin pun akan cuba update mengenai kawasan percutian yang ada di dalam negara kita. Sedikit sebanyak boleh membantu menaikkan balik ekonomi pelancongan dalam negara. Walaupun kebenaran merentas negeri sudah diberikan, sentiasalah patuh pada SOP serta jaga diri.

Kali ini admin ingin berkongsi mengenai perkongsian dari salah seorang warga twitter iaitu #IniCeritaAku yang telah berkongsi kan tempat menarik di Negeri Pahang. Jadi admin share perkongsian beliau iaitu:

7 tempat menarik di Negeri Pahang Darul Makmur

Tok tengok ramai yang dah mulakan rancangan nak pergi cuti-cuti Malaysia sejak kebenaran rentas negeri diumumkan kelmarin.

Ni Tok kongsi 7 tempat menarik di negeri Pahang Darul Makmur, negeri paling besar di Semenanjung Malaysia yang boleh anda lawati.

Taman Negara Pahang
7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

Taman Negara yang pertama di Malaysia ni adalah tempat di mana kat sinilah korang semua boleh jumpa macam-macam jenis flora dan fauna yang berusia hampir 150 juta tahun. Dalam Taman Negara Pahang juga ada canopy walk yang terpanjang di dunia!

Janda Baik
7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

Nampak hambar tapi sebenarnya tenang di sana, Tok seronok masa ke sana dulu. Terletak satu jam je daripada KL, kat sini korang boleh jumpa banyak sangat tempat penginapan menarik yang berkonsepkan alam semulajadi dalam hutan. Sesuai kalau nak lepaskan stress.

Gunung Tahan
7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

Salah satu gunung yang menjadi kegilaan para hikers. Mempunyai ketinggian 2187 meter daripada paras laut, semestinya gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ni tempat terbaik untuk uji stamina dan kekuatan tubuh korang. Pasti puas tengok pemandangan!

Sungai Lembing
7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

Ini unik, Terletak lebih kurang 40 minit daripada Bandar Kuantan, pekan kecil penuh sejarah ni pasti memukau mereka yang ingin merasai suasana kawasan perkampungan yang dikelilingi bukit bukau. Tempt ini pernah menjadi pusat pengeluaran biji timah terbesar dunia.

Bandar Temerloh
7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

Temerloh juga antara lokasi singgahan yang menarik jika berada di Negeri Pahang. Terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin, memang rugi kalau tak singgah sini untuk makan juadah ikan patin masak lemak tempoyak yang original.

Tok suka makan tepi sungai tu.

Baca juga: Menikmati Awan Karpet di Bukit Raka, Bentong

Genting Highlands
7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

Tempat yang tak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi terbaik kalau nak cari hiburan yang sesuai dengan semua lapisan umur. Selain seronok membeli belah di Genting Premium Outlet, jangan lupa untuk naik cable car dan juga bermain di taman tema yang ada!

Kuala Gandah

Ini antara lokasi pilihan Tok tak lama lagi nak pergi sini, Pusat Konservasi Gajah yang menyediakan pengalaman unik yang korang takkan lupakan. Selain melihat gajah-gajah dengan lebih dekat, korang juga boleh bermandi-manda dengan gajah-gajah tu semua.

Sekian sahaja perkongsian mengenai tempat menarik di Negeri Pahang. Jumpa lagi di lain artikel.

Kredit: Destinasi Percutian

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com