9 Masakan Tradisi Pahang Yang Mesti Makan Di Bulan Ramadan

0
11477

Sempena Ramadan ini, admin dan team mendoakan semua sahabat dan pembaca negeripahang.com agar dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan rezeki buat peniaga terutamanya makanan dengan pelbagai juadah yang ‘rare’ untuk dijadikan santapan tatkala berbuka terutamanya buat anak Pahang yang di perantauan.

Walau dimana sahaja anak Pahang berada, 9 masakan ini pasti akan dicari bagi melepaskan rasa rindu kepada masakan tradisi Pahang terutamanya buat mereka yang gilakan masakan berasaskan tempoyak!

Admin dan team sepakat untuk memilih sambal hitam Pahang sebagai masakan yang tiada tandingannya. Bertambah-tambah kalau makan waktu bersahur dan berbuka nanti. Anda semua bagaimana? Jangan lupa share!

1. Ikan Patin Gulai Tempoyak

2. Gulai Asam Rong

Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.

Asam rong ini bukanlah mempunyai rasa masam seperti lazim asam yang lain, ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan lemak. Mungkin kerana ianya diperam berbulan-bulan lamanya dan dipanggil asam oleh penduduk di sini lantaran cara penyedian dan penyimpanannya sama dengan asam yang lain.

3. Gulai Lemak Kulat Sisir

4. Gulai Keladi Kemahang

Tumbuhan ini banyak didapati di Pahang khususnya di laluan Benta-Jerantut iaitu di Kampung Kemahang, Benta. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan tersebut.

Bagi orang Pahang, jika sebut keladi kemahang, semua tahu dan tumbuhan ini begitu sinonim dengan masakan gulai masam tempoyak. Cara mengambil dan memasak keladi kemahang ini banyak pantang larangnya antaranya :
– Tidak boleh boleh bertindih bayang semasa mengambilnya.
– Perdunya dicabut terus daripada tempatnya.
– Cara mengambilnya juga hanya satu haluan dan tidak boleh berpatah balik.
– Elakan mengambil keladi kemahang yang berbunga sebab biasanya ia gatal.
– Pilih yang muda sahaja.
– Keladi kemahang tidak boleh digoreng.

Punca keladi ini gatal boleh dikatakan keladi yang tumbuh bukan dikawasan yang sesuai. Amat diyakini keladi kemahang yang tumbuh di Kampung kemahang, Benta dan sebelah Ulu Cheka, Jerantut tidak gatal. Namun punca ia gatal masih tidak diketahui hingga kini. Mungkin keladi kemahang tidak diperolehi dikawasan yang disyorkan dan teknik memasaknya juga memainkan perananya.

5. Siput Sedut Masak Lemak

Baca juga : Makanan Tradisional Negeri Pahang

6. Pucuk Ubi Masak Lemak

7. Sambal Tempoyak Ikan Bilis

8. Sambal Hitam Pahang

Sambal hitam Pahang yang cukup rasa masam, masin, manis, pedas dan lemaknya memang popular sebagai makanan pembuka selera terutama dalam bulan Ramadan ini. Sambal ini diperbuat daripada belimbing buluh rebus dan ditumis dengan bawang, ikan bilis, cili dan lain-lain, dimasak hingga hitam dan enak rasanya.

9. Nasi Kebuli

Asal nasi kebuli dikatakan dari rantau Timur Tengah, terutama negara Yaman dan terus menjadi popular di kalangan masyarakat India. Seterusnya dibawa ke Indonesia dan Malaysia. Nasi kebuli telah dibawa oleh para komuniti Arab sejak berabad lamanya, dengan adunan tersendiri mengikut citarasa tersendiri. Di Malaysia, negeri Pahang sendiri amnya amat popular dengan Nasi Kebuli. Hidangan nasi kebuli ini amat popular di kampung-kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kampung Hulu, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan semua Daerah di Kuala Lipis khasnya.

Nasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Negeri Pahang khusunya bagi Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis.

Kewujudan nasi ini bermula apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong. Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada Sultan. Berdasarkan peristiwa itulah lalu dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Ke Bawah Duli.

Ada artikel menarik mengenai Negeri Pahang? Hantarkan di Hantar Artikel Menarik

Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com