Asal Usul dan Sejarah Bendera Negeri Pahang

0
9407

Pada asalnya warna bendera negeri Pahang berwarna hitam. Pada masa dahulu masyarakat mengandaikan bahawa warna hitam adalah warna rakyat. Hakikat sebenarnya hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Setelah memakai gelaran sultan (Bendahara Wan Ahmad kepada Sultan Ahmad Al- Muā€™adzam Shah), baginda telah meletakkan warna putih pada bendera negeri Pahang.

Tambahan warna putih di atas hitam membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Maksud Bendera Pahang : “Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.”

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com