Asal Usul Lagu Negeri Pahang

0
791

Lagu Negeri Pahang atau dikenali juga dengan Lagu “Allah Selamatkan Sultan Kami” kini telah berusia hampir 94 tahun. Lagu tersebut telah dikarang oleh Miss Dorothy Lilian Sworder pada tahun 1924 dan dimainkan secara rasmi oleh State Band Council pada tahun 1925 di Kuala Lumpur. Lagu ini diambil bersempena dengan garapan lagu Perang Pahang dan ia telah diwujudkan atas permintaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ketiga, Al Marhum Al Mutassim Billah Al Sultan Abdullah Ibni Al Marhum Sultan Sir Ahmad Al Muazzam Shah. Rangkap last sebelumnya adalah “Ya Allah selamatkan ke bawah duli raja kami”. Jom sama-sama kita menghayati lagu negeri kita ini.

“ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI”

Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia

Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur

Aman Dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan

Duli Tuanku Raja Kami.

Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com