Biodata Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

0
811

Tengku Puan Pahang (diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahrudi Istana Stulang, Johor Bahru. Tengku Puan Pahang merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Kakanda lelakinya kini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Tunku Hajah Azizah telah bertemu jodoh dengan Tengku Abdullah yang juga merupakan Sultan Pahang yang ke 6. Baginda berdua telah melangsungkan perkahwinan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

PENDIDIKAN
1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru
1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)

SUAMI
Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.

ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI
1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
2. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan
4. Yang Amat Mulia Puteri Ilisha Ameera
5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Ilyana
6. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
7. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

JAWATAN DISANDANG
– Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang
– Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja
– Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia
– Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang
– Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991)
– Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011)
– Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang
– Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)
– Pemegang Amanah Utama Yayasan Istana Abdulaziz
– Ahli Lembaga Pengarah The Olave Baden-Powell Society Peringkat Dunia
– Canselor Diraja Universiti Kolej Berjaya
– Canselor Diraja Universiti Kolej Yayasan Pahang
– Presiden Serantau untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2010-2016)
– Timbalan Presiden Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2007- 2010)
– Penaung Diraja Persatuan Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia
– Penaung Diraja Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia
– Patron Trefoil Guild Pahang (2001)

PENCAPAIAN
– Calon World Presiden Associated Country Women of the World (ACWW) di Melbourne, Australia pada April 2019 (tarik diri).
– Menubuhkan TAFF dengan kelahiran sebanyak 115 bayi sejak 2004.
– Anggota Global Girls Fund Council of Ambassadors, World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2010.
– Penaung Diraja, WAGGGS Friends of Asia Pacific 2006.
– ASEAN Global Award for Achievement 2012.
– Menubuhkan Sekolah Masak Tunku Azizah WI Negeri Pahang.
– Menubuhkan Charity Shop WI.
– Menubuhkan Pusat Jahitan Women’s Institute, Pahang.
– Menghadiri persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia sebanyak lima kali.
– Menghadiri Commission on the Status of Women, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 2009 dan 2018.
– Menghasilkan buku resipi ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang – Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018.
– Mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dan perkembangan dipantau rapi melalui Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.
– Menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam untuk melatih golongan muda khasnya untuk memartabatkan Tenun Pahang Diraja di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi pada 2010 selain turut mengasaskan Yayasan Tenun Pahang Diraja.

MINAT
Memasak, menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja. – Bernama

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com