Bukit Gambang Resort City Tawar Promosi Tiket Masuk RM10

0
651

Bukit Gambang Resort City

Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Bukit Gambang Resort City yang terletak di Gambang Pahang ni? Jika belum, jom kita tengok apa yang menarik mengenai lokasi ini. Mana tahu ia akan menjadi destinasi pilihan anda untuk cuti yang akan datang memandangkan lokasi ini amat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

Lokasi ini terletak 218km dari Kuala Lumpur dan 35km sebelum Bandar Kuantan. Lokasi ini juga senang untuk diaccess melalui lebuhraya Pantai Timur dengan menggunakan Exit 830 Gambang. Antara tarikan yang ada disini ialah Bukit Gambang Water Park, Bukit Gambang Extreme Park dan Bukit Gambang Safari Park.

Bukit Gambang Resort City

Dengan keluasan 138 ekar, Bukit Gambang Safari Park merupakan Zoo Safari Park terbesar di Malaysia. Bukit Gambang Safari Park amat sesuai dikunjungi seisi keluarga di mana di sini ibu bapa boleh mendidik dan mengajar anak-anak mengenai spesis haiwan.

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, korang boleh melakukan aktiviti lasak di Bukit Gambang Extreme Park.

Bukit Gambang Resort City

Manakala Coco Beach Wave & Lagoon, Penguin Island di mana ada permainan untuk kanak-kanak dan river, dan The Top Hill Side untuk permainan gelongsor air di Bukit Gambang Water Park.

Promosi Tiket Masuk RM10 Di Bukit Gambang Resort City

Bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk mandi-manda atau bercuti bersama keluarga silalah berkunjung ke Bukit Gambang Resort City. Mereka menawarkan promosi besar-besaran sempena menyambut ulangtahun mereka yang kesepuluh.

Menurut laman web rasmi mereka, promosi harga tiket masuk untuk ke Water Park ditawarkan pada harga RM10 sahaja tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Manakala Safari park pula berharga RM32 bagi dewasa manakala RM22 bagi kanak-kanak.

Tempahan untuk ke Bukit Gambang Resort City boleh dibuat secara atas talian melaui laman web rasmi mereka di sini.

Promosi ke Bukit Gambang Resort City hanya sah untuk tempahan dari tarikh 10 Jun 2019 sehingga 24 Julai 2019 sahaja untuk perjalanan bermula 18 Julai 2019 sehingga 24 Julai 2019 ini.

sumber

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com