Faktor-Faktor Penentangan Dato’ Bahaman

0
8149

Dato’ Bahaman merupakan seorang pahlawan yang terkenal di Negeri Pahang. Beliau berasal dari suku kaum bugis. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Beliau merupakan seorang Orang Besar Raja (seorang lelaki yang mentadbir tanah yang diberikan kepadanya oleh Sultan dan salah seorang pembesar di istana) di Negeri Pahang.

Beliau diberi gelaran sebagai Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.

Antara sebab awal penentangan beliau di Negeri Pahang ialah

1. Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato’ Bahaman telah menentang tindakan British yang melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Akibat dari penentangan tersebut, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

2. Pembinaan Balai Polis

E.A. Wise telah bertindak mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman. Ini mengakibatkan konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi lebih serius kerana Dato’ Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

3. Pelucutan Gelaran

Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana keengganan beliau mematuhi arahan pihak British. Pihak British telah memaksa Sultan Ahmad yang merupakan sultan Negeri Pahang ketika itu untuk melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan yang telah diberikan kepada beliau. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Negeri Pahang.

Baca juga : Sejarah Dato’ Bahaman

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com