Jambatan baharu hubung Tanjung Lumpur-Bandar Kuantan

0
2955

JAMBATAN BARU Tanjung Lumpur-Bandar Kuantan dengan kos kira-kira RM181 juta dijangka siap pada bulan Ogos ini.

Jambatan Tanjung Lumpur merupakan projek pembinaan sebuah jambatan baru merentasi Sungai Kuantan bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang berlaku sekian lama di bandar Kuantan. Jambatan baru sepanjang 451 meter merentasi Sungai Kuantan ini menyediakan jalan perhubungan terus dari Tanjung Lumpur / Pekan ke Kuantan dan Indera Mahkota, Pahang.

Projek ini dilaksanakan secara ‘Design and Build’ dan melibatkan pembinaan jalan empat (4) lorong berkembar daripada Jalan Tanjung Lumpur, FT183 ke Persimpangan Jalan Tanah Putih / Jalan Pintasan Bukit Setongkol, FT002 sepanjang 2.5 km.

Ia akan merentasi Sungai Kuantan dan berakhir di Jalan Tanjung Lumpur. Pembinaan projek ini akan melibatkan kawasan tanah paya bakau di sebelah Tanjung Lumpur, kawasan di Jalan Kemunting 2 serta kawasan lapang di sebelah Bandar Kuantan.

Ia merangkumi jalan baru sepanjang 1.524 km dan menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 0.525 km. Selain itu, ia menjadi laluan tambahan kepada jambatan Tanjung Lumpur sedia ada yang menghubungkan Bandar Kuantan dan Bandar Putra di Tanjung Lumpur.

Dengan terbinanya jambatan dan laluan baru ini akan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Bandar Kuantan, memendekkan jarak dan masa perjalanan dari arah Bandar Indera Mahkota dan kawasan sekitarnya serta dari arah Gambang ke kawasan Tanjung Lumpur.

Dipaparkan grafik Jambatan Tanjung Lumpur untuk perkongsian bersama.

Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com