Kenali Pawang Nong, Pawang Diraja Negeri Pahang

0
1418

Pawang Nong ataupun nama beliau Haji Nong Taib bin Santan telah dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874 dan beliau telah meninggal dunia pada 11 November 1977 di Kampung Ulu Cheka. Beliau dikebumikan pada hari jumaat dengan adat istiadat ketenteraan melayu. Beliau juga diarak ke kubur oleh askar melayu pada masa tu.

Makam beliau boleh dilawati di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama bernama Patam Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak (4 orang lelaki dan 4 orang perempuan) dan dengan isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long dan dikurniakan 3 orang anak (1 lelaki dan 2 perempuan). Di kalangan penduduk setempat yang rapat memanggilnya dengan gelaran Aki We atau Moyang We.

Selain dari kebolehan beliau mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional beliau juga merupakan seorang pendekar silat cekap dan diceritakan mempunyai ilmu kebal serta ilmu kalis besi. Dari sumber lisan orang tua dahulukala pernah menceritakan bahawa Pawang Nong pernah ditangkap komunis lalu dirantai tangan beliau dengan besi namun dengan kehebatan ilmu yang beliau ada dengan mudah sahaja melepaskan rantaian atau ikatan besi tersebut serta beliau pernah ditembak namun pelurunya hanya memasuki poket baju yang beliau pakai sahaja tanpa dapat mencederakan beliau. Dan dikatakan beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berleluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak suatu masa dahulu.[perlu rujukan]

Baca juga : Pertarungan Pawang Nong Dengan Orang Minyak Di Jerantut

Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala[perlu rujukan] bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka. Oleh kerana kemasyuran nama beliau ketika itu ramai yang datang untuk belajar dan berguru dengan beliau khususnya dalam bidang perubatan tradisional.

Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada 7 Julai 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.

Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com