Ada pun di Pahang ini ada tiga ekor Naga yang bernama Seri Gumun dan Seri Pahang di Tasik Chini dan Seri Daik yang tidak diketahui dimana lokasi.
Pada tahun 1926 sewaktu banjir besar yang menengelamkan banyak kampung-kampung di Pahang ada ramai saksi yang menyaksikan seekor naga atau ular besar menghilir Sungai Tembeling dan seterusnya mengilir Sungai Pahang hingga ke Kuala Pahang. Dipercayai inilah Naga terakhir Sungai Pahang yang bernama Seri Daik.
Terdapat lagi dua ekor naga asing yang diberi nama Seri Kemboja dan Seri Siam yang suka menganggu kemakmuran dan keamanan Negeri Pahang. Dikatakan naga-naga Pahang yang bernama Seri Gumun dan Seri Pahang pernah bertempur dengan dua ekor naga asing ini tetapi tewas sebab naga-naga ini ada kelas kekuatan tersendiri.
Berikut kekuatan naga-naga tersebut:
Naga Seri Gumun bersisip besi
Naga Seri Pahang bersisip perak
Naga Seri Kemboja bersisip gangsa
Naga Seri Siam bersisip biasa
Naga Seri Daik bersisip emas.
Dari segi kekuatan dan kesaktian seekor naga itu diukur dari jenis sisipnya mengikut turutan terkuat seperti berikut sisip emas, sisip perak, sisip gangsa, sisip besi dan sisip biasa.
Naga ini mempunyai pengawal-pengawalnya yang terdiri dari buaya-buaya putih.
Dari mana asalnya naga-naga ini?
Menurut yang empunya cerita, pada zaman dahulu ada satu ilmu yang diamalkan oleh orang-orang Melayu iaitu bertapa menjadi seekor naga. Kebanyakkan ilmu ini diamalkan oleh raja-raja dahulu di iringi pegawal-pengawalnya yang juga bertapa menjadi buaya-buaya. Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran Hindu. Tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang digeruni bagi menjaga negeri masing-masing. Pertapaan menjadi seekor naga ini akan memakan masa selama seratus tahun untuk mereka mendapatkan sisik emas.
Dalam masa 25 tahun pertama mereka akan mendapat sisik besi.
25 tahun kedua akan mendapat sisik gangsa.
25 tahun ketiga akan mendapat sisik perak.
Akhirnya bila sampai 25 tahun keempat iaitu apabila genap seratus tahun tahun pertapaan itu sisik mereka akan bertukar menjadi emas. Jangka masa pertapaan itu bukan sahaja sisik mereka akan bertukar tetapi juga mereka akan mendapat berbagai kesaktian dan kelebihan. Badan naga ini tersangat besar dan panjang. Jika ia berenang di lautan ombak akan beralun seperti bukit.
Semasa pertapaannya itu ia telah mengalami perubahan sisiknya daripada sisik biasa kepada besi. Kemudian bertukar menjadi gangsa. Selepas gangsa ,bertukar menjadi perak. Kemudian bertukar menjadi emas apabila sampai seratus tahun. Tempat pertapaannya adalah di gua-gua di dalam lautan atau selat, ditasik-tasik,dan ditepi sungai-sungai. Semasa pertapaannya, seluruh badannya akan diseliputi oleh lumut dan lumpur yang amat tebal. Disebabkan oleh badannya yang dibaluti oleh lumpur dan lumut itu maka banyaklah ikan -ikan besar dan kecil di lubuk tempat pertapaannya itu.Selama pertapaannya mereka tidak pernah bergerak atau berjalan ke sana ke mari.
Sesekali ia hanya mengerakkan badannya sedikit, air akan berkocak dan ombak akan beralun besar. Keadaan ini terjadi tidak semena-mena, tidak ada angin, tidak ada apa-apa, air akan berkocak dengan kuat. Penduduk-penduduk dan hidupan di sekitarnya amat memahami keadaannya. emua hidupan di dalam hutan kawasan tersebut akan menjadi kecut, dan takut sekiranya mereka akan bergerak.
Walaupun mereka mempunyai kekuatan, ia ada kelemahannya. Sekiranya ia bergerak dari pertapaannya ia hendaklah bergerak pada malam hari, sekiranya hari siang ia akan menjadi batu jika tidak dapat kembali kepada tempat pertapaannya. Pada waktu siang ia boleh meninggalkan jasadnya dan menjadi orang biasa seperti kita.
Apabila ia mati ia akan menjadi batuan seperti gunung ganang dan pulau-pulau. Jika ia dilautan ia akan bergerak bebas tidak hari siang atau malam ia boleh ke sana-sini membawa jasadnya yang amat besar. Seri Daik adalah yang tertua, dan telah mencapai tahap sisik emas semasa hidupnya. Seri Daik dikunci pergerakkannya dan tidak boleh bergerak-gerak sehinggalah pada masa sekarang dan dikunci oleh seorang pendita (pada masa itu masyarakat menganggap orang yang berkebolehan seperti itu dikatakan seorang pendita, padahal ia adalah seorang Islam yang bertaraf wali Allah. Mengunci Sang Daik dengan kalimah-kalimah Allah, sehinggalah terbentuknya beberapa sungai dikelilingi badan Seri Daik).
Orang Melayu pada masa dahulu suka mengamalkan ilmu pertapaan (ilmu agama Hindu sebelum kedatangan Islam dengan tujuan menjaga negerinya daripada serangan musuh-musuh. Yang pada masa dahulu menggunakan hikmat-hikmat sakti, dan ia adalah merupakan ilmu hitam yang mempercayai kekuatan jin-jin dan syaitan dimana tidak mempercayai kekuatan sang penciptanya iaitu Allah). Dari filem Dracula Untold kita melihat bagaimana seorang putera Raja dari Eropah menguna ilmu syaitan menjadi hantu dracula melawan musuh.
Sekarang ini apa persiapan kita pemimpin-pemimpin Melayu menjaga negeri dari diserang dan diporakperandakan oleh musuh-musuh samada dari dalam dan dari luar?
Waallahu ‘alam