Kalau anda jenis yang sukakan makanan tradisional Melayu, pastinya anda dah cuba masakan yang paling ‘top’ dari kesemua 14 negeri yang ada di Malaysia ni kan? Uniknya Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri punya ‘makanan utama’ masing-masing yang acapkali diletakkan sebagai antara ikon negeri tersebut. Dalam artikel ini, kami akan membawa anda ke dalam dunia masakan tradisional negeri Pahang yang pada kami, memang terbaik!
1. Gulai Patin Tempoyak
Sengaja kami letak gulai patin tempoyak di kedudukan teratas carta ini, kerana sememangnya makanan unik ini disifatkan eksport makanan terbaik negeri Pahang! Rasanya yang lain dari yang lain dipacu oleh pes durian yang telah diperam terlebih dahulu dan dipadankan dengan ikan tempoyak segar yang rata-ratanya mudah didapati di negeri ini. Menyelerakan!
2. Kuih Badak Kubang
Adunan tepung pulut dan pulut hitam yang mengagumkan ini pastinya akan membuat si pemakan terigau-igau memikirkannya! Sesuai dijadikan hidangan sarapan atau pencuci mulut, kuih badak kubang ternyata mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Tapi awas, ia mempunyai kandungan santan jadi jangan terlebih makan ya!
3. Puding DiRaja
Puding Raja memperoleh namanya menerusi satu fakta yang menarik; ia hanya dihidangkan di istana pada masa dahulu. Ia masih lagi dianggap sebuah hidangan pencuci mulut yang eksklusif di Malaysia kerana peminatnya hanya boleh memperoleh pudding raja yang sebenar di Pahang.
4. Sambal Hitam
Juga dikenali sebagai sambal belimbing, makanan ini sememangnya terkenal di seluruh negeri Pahang terutamanya di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Bahan utama dalam penghasilan sambal hitam yang mantap ialah belimbing buluh dan ikan bilis. Proses pembuatannya boleh dikatakan memakan masa dan agak rumit, justeru harganya di dalam pek yang dijual di pasaran tempatan sekarang mungkin sedikit mahal.
5. Gulai asam Rom
Boleh dikatakan anda sama sekali bukanlah orang Jerantut atau Ulu Tembeling kalau anda tak makan asam rom. Apa yang lain dari yang lain dalam penghasilan gulai asam rom ialah ia menjadikan biji getah sebagai bahan utamanya. Cukup kena jika disesuaikan dengan ikan-ikan sungai/ikan air tawar.
Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang