Masjid Negeri Pahang Yang Pertama

0
3462

Masjid Negeri Pahang Yang Pertama

Masjid Negeri Pahang Yang Pertama

Tahukah anda bahawa masjid yang pertama dibinia di Negeri Pahang adalah di Kuala Lipis.

Masjid Negeri Pahang yang pertama ini telah dibina pada tahun 1888 di Kuala Lipis, sewaktu Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang. Masjid yang lebih dikenali sebagai Mardrasathus Firdaus adalah bangunan tertua di Kuala Lipis. Ia telah dibina oleh seorang saudagar dari Yaman yang bernama Habib Hasan dimana dia telah mewakafkan tanah tersebut untuk pembinaan masjid.

Pada awal pembukaan masjid tersebut, imam pertama di masjid itu adalah seorang pemuda Indonesia yang bergelar Imam Awang. Kemudian, seorang pemuda tempatan yang bergelar Imam Kawi telah menjadi imam masjid tersebut. Pada zaman itu, gaji imam dibayar menggunakan wang zakat, bukan daripada kerajaan negeri seperti waktu ini.

Katanya, masjid ini sangat istimewa. Walaupun ia dibina pada tahun 1888, ia tetap berdiri teguh dan tidak pernah ditenggelami banjir, walaupun Kuala Lipis telah beberapa kali menghadapi banjir besar sehingga diisytihar darurat.

Masjid Negeri Kuala Lipis adalah aset penting negeri Pahang yang wajib dipelihara. Adalah baik jika reka bentuknya dikekalkan agar nilai estetika masjid bersejarah ini tidak terhapus.

Sesiapa yang singgah ke Kuala Lipis, jangan lupa singgah ke masjid bersejarah ini ya.

Baca juga: Sejarah Sekolah Kebangsaan Clifford Di Kuala Lipis, Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com