Mat Kilau Menyerang Kuala Tembeling

0
1190

Mat Kilau yang merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang tersohor, juga anak kepada pahlawan Tok Gajah, telah menyerang pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling Pada tahun 1894.

Serangan Mat Kilau terhadap Inggeris di Kuala Tembeling ini telah mendapat sokongan senjata dan tenaga daripada negeri Terengganu dan Kelantan. Tujuan Mat Kilau dan pasukannya menyerang Kuala Tembeling kerana tidak mahu menyerah diri kepada telunjuk pihak Inggeris yang dianggap mencabar kedaulatan Pahang.

Pada bulan Oktober 1892, akhirnya pihak Pentadbiran Inggeris di Pahang telah membuat pengumuman untuk mengampunkan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah menentang Pentadbiran Inggeris.

Serangan di Kuala Tembeling ini merupakan antara beberapa siri penentangan yang dilancarkan oleh Mat Kilau serta pasukannya untuk menghapuskan penjajahan Inggeris. Mat Kilau dan pasukannya telah memperolehi kejayaan dalam serangan di Kuala Tembeling ini dimana akhirnya Pihak Inggeris telah membuat pengumuman pengampunan beramai-ramai kepada pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang menentang Pentadbiran Inggeris.

Baca Juga : Mat Kilau Terpaksa Berpura-Pura Mati

Semangat perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu tulin ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan penduduk Tanah Melayu membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dengan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Al Fatihah pada pahlawan Negeri Pahang yang terkorban.

Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com