Pahang Mengumumkan Esok Adalah Cuti Peristiwa

0
1744

tag

Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cuti peristiwa itu diisytiharkan bagi memperingati tarikh bersejarah pada tanggal esok yang menyaksikan Sultan Pahang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong, sekali gus diraikan seluruh rakyat negeri itu.

“Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.

“Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa esok adalah difikirkan sebagai bersesuaian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com