Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

0
1350

Pantai Teluk Cempedak

Menjadi satu kemestian kalau berjalan ke Kuantan, anda mesti kena singgah di Teluk Cempedak kerana ia adalah antara lokasi pantai cantik di Pahang. Sejak bertahun, Teluk Cempedak menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar untuk singgah menikmati keindahan yang ada di sini.

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak. TC merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan, rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkan.

Pantai Teluk Cempedak

Kononnya nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulan asal nama pantai cempedak.

Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.

Kemudahan Yang Ada di Pantai Teluk cempedak

Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak

Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.

Terdapat banyak kedai makan di sini termasuklah McDonald’s, Subway, dan Starbucks. Jika ingin mandi-manda, pastikan bendera merah tidak berkibar. Ini kerana berlaku beberapa kejadian tidak diingini di sini apabila ada pengunjung yang tidak menghiraukan bendera amaran.

Jika hanya mahu merakam pemandangan indah, bolehlah menyusuri jambatan merah yang membawa penghujung ke penghujung pantai. Terdapat beberapa buah gazebo untuk anda melepaskan lelah seketika. Satu peringatan, hati-hati dengan monyet-monyet liar yang banyak berkeliaran.

Sudah tentu tarikan utama TC adalah pantainya yang cantik dan berpasir putih. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai.

Kalau anda sukakan ‘alam dan fauna’ berdekatan dengan Teluk Cempedak ada hutan simpan yang boleh anda daki. Trek di Teluk Cempedak ini boleh anda lalui dan habiskannya sehingga ke Pantai Pelindung.

Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak

Kebersihan di kawasan pantainya amat dijaga kerana pihak berkuasa tempatan tidak mahu imej destinasi indah yang menghadap Laut China Selatan itu dan kian dikenali dalam pelancong asing terjejas.

Untuk kesini, pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan perkhidmatan awam, anda boleh, mengambil bas ekspress ke Terminal Sentral Kuantan di jalan Gambang-Bypass kemudian anda boleh mengambil teksi atau Bas Rapid Kuantan. Selain itu juga, sekiranya anada menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan mengambil teksi untuk ke Pantai Teluk Cempedak.

Baca juga: Bukit Gambang Resort City Tawar Promosi Tiket Masuk RM10

Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Pantai Teluk Cempedak juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, hotel, restoran, gerai akan memudahkan pengunjung.

Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak

TC juga menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941.

Kubu berkenaan dijaga rapi dan sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu.

Saban hari pantai ini memang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hujung minggu memang lagi ramai dan menjadi tumpuan warga kota. Boleh katakan di sini antara lokasi santai yang paling disukai oleh orang ramai.

Sumber

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com