Perang Raja Ungu 1613 Antara Patani Dan Pahang

0
1959

Kisah cinta Raja Ungu dengan Putera Pahang ni tragik juga sebenarnya bukan macam filem cerita Siam dimana Putera Pahang berkahwin dan selamatkan Langkasuka dari lanun kemudian hidup bahagia selama-lamanya. Tak, kisah epik Melayu tersebut baru setengah jalan. Antara kisah yang ramai orang tak tahu adalah pada tahun 1613 Raja Biru menyerang Pahang kerana dah 28 tahun sejak perkahwinan tersebut, Putera Pahang atau Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin tidak membawa adindanya balik ke Patani. Perang ini disebabkan Raja Biru tidak mengetahu akan adindanya samada masih hidup ataupun sudah mati.

Maka Raja Biru nekad mengirim 74 perahu perang Patani untuk membawa balik adindanya Raja Ungu secara hormat atau paksa. Keengganan Sultan Pahang menyebabkan negeri tersebut musnah dibakar dan rajanya diangkut secara paksa walaupun dilayan dengan baik. Cuma bila sampai di sana orang Patani buat mulut hudoh maka sultan Pahang nak lari balik merajuk. Kata sahibul hikayat Raja Ungu punyalah sayang akan Sultan Pahang ketika itu sampaikan tak beri balik. Raja Ungu kejar sampai ke perahu katanya dia sanggup beri semua harta dia tapi kanda jangan balik.

Maka keadaanpun jadi macam sediakala cuma bila pulang ke Pahang tak lama lepas tu baginda dan tengku mahkota dibunuh oleh anaknya yang kecil sikit maka digelarlah Marhum Pahang.

Tidak lama kemudian pada tahun 1619 Aceh menakluk Pahang dibawah Sultan Iskandar muda dan pada zaman Iskandar Thani sebab Aceh masih bermusuh dengan Johor dan pemerintah Pahang pula berpangkat sepupu dengan sultan Aceh maka seluruh daratan Ujung Tanah diberikan kepada Pahang untuk diperintah sampailah masa kerajaan Johor dipulihkan dan kembali ke tanah besar dari Riau dalam zaman Yam Tuan Raja Bajau dan Sultan Ibrahim bapa kepada Marhum Mangkat Dijulang.

Menurut empunya pendapat dan berdasarkan hikayat di negeri Aceh segala nesan yang ada di Makam Chondong dan Makam Tujuh Beradik dan lain lain itu diperintah bawa oleh Sultan Iskandar Thani ke Pahang lengkap dengan nobat, tunggul bendera, nesan, kepuk kandang dan dibikin kenduri tahlil 40 hari di setiap satunya, cuma jadi masalah kerana pemerintah Johor pulak cemburu maka diserangnya Pahang. Pada masa itu Pahang berpusat di Pekan Lama ke hulu sikit bandar Pekan yang ada hari ini sekitar Kampung Mengkasar.

Titah Sultan Iskandar Thani mengapa Riau jadi gila sampai begitu sekali jadinya namun baginda tetap meneruskan rancangan untuk ke Pahang itu cuma pesan baginda jangan diganggu teluk rantau orang Johor walaupun mereka membuat kacau. Untuk meredakan pertelingkahan tersebut maka baginda mengirim satu lagi set nesan ke Johor Riau beserta peralatannya.

Sumber : Nabil Nadri, 11 Oktober 2018.

Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com