Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat merupakan sebuah kampung Melayu biasa yang terletak kira-kira 10km dari Kuantan dan terletak di selatan bandar diraja Pekan. Dari Kuantan, ia oleh dicapai melalui Jalan Abu Bakar 183 dan merupakan satu cara alternatif untuk ke bandar diraja Pekan. Pantai Sepat kelihatan seperti curam sangat dalam kelaut. Pantai ini terkenal dikalangan penduduk tempatan sebagai tempat yang tenang dan menarik.
Pantai ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar Kuantan dan selatan bandar Pekan pasti memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di perkampungan nelayan. Keindahan panorama yang dihiasi pokok-pokok pastinya sesuai untuk melakukan aktiviti fotografi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti seperti bermain layang-layang, memancing dan menjala ikan ketika berada di Pantai Sepat. Lokasi ini turut menawarkan perkhidmatan menunggang kuda kepada pengunjung yang ingin bersiar-siar di tepi pantai.
Walaubagaimanapun keindahan Pantai Sepat dicemari oleh sikap tak bertanggungjawab pengunjung yang membuang sampah merata-rata. Oleh kerana kami masih tiada krew sokongan di kawasan Pantai Sepat, jadi pihak kami tidak dapat memantau keadaan sebenar di kawasan tersebut. Namun, dari gambar yang diberi oleh pengadu nampaknya sudah cukup wajar untuk kami kongsikan masalah penduduk disana untuk mendapatkan prihatinan pihak yang bertanggungjawab dan orang awam.
Antara kesan-kesan buruk yang dapat kami lihat dan percaya akan berlaku pada satu hari nanti di kawasan tersebut adalah, pantai akan tercemar sepenuhnya dengan bau busuk, pandangan yang tidak cantik, mendatangkan ular-ular atau binatang liar yang makan sisa-sisa sampah serta tidak lagi menjadi kawasan kunjungan para pelancong. Jom kita baca perkongsian oleh pelancong yang datang ke Pantai Sepat.
Assalamulaikum warga kuantan. Maaf Sekadar perkongsian. Semalam saya membawa family saya yang datang dari KL untuk beriadah di Pantai Sepat, salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong selain di Telok Chempedak di Kuantan. Anda sendiri boleh tengok gambar yang saya post ni, ini hanya sebahagian keadaan pantai sepat, hanya di kawasan family saya beriadah. Terlalu banyak sampah sarap sepanjang pantai tersebut. Plastik, pampers, botol arak, kaca2, botol air mineral, bungkusan makanan dll.
Bukan sahaja tempat itu kotor, kaca-kaca yang pecah merata-rata menjadikan tempat itu tidak selamat digunakan Harap pihak berwajib ambil tindakan untuk mencantikkan dan memulihara semula kawasan Sekitar Pantai Sepat. Sayang, tempat cantik tapi dibiarkan jadi x ubah seperti tempat pelupusan sampah. Dan warga kuantan , jadilah manusia yang bertanggungjawab. Bukankah kita dah di didik di bangku sekolah tentang kebersihan? Buang sampah ke dalam tong sampah, xde tong sampah? Bawaklah Plastik sampah (dah tau nak makan-makan situ, dah tau nak buat sampah situ, kan) Jangan bergantung harap sepenuhnya kepada pihak majlis untuk rekrut pekerja mengutip sampah sarap (Mesti ade yang ckp, dah dibayar gaji, buat ape tolong kutip? yang buang sampah merata-rata ni bukan sahaja xde kesedaran Sivik, tapi ade masalah mental, dia xde sifat ihsan dalam diri. Sekian dari saya.
Jika anda ada aduan untuk dikongsikan bersama, anda boleh terus hantarkan aduan melalui form berikut : Hantar Aduan. Usah risau kerana butiran pengadu akan dirahsiakan sepenuhnya bergantung pada permintaan pengadu. Inilah cara untuk anda lontarkan aduan yang tidak dapat sambutan, kami bantu anda untuk kongsikan pada umum.
Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang