Pusat Pentadbiran Baharu Negeri Pahang di KotaSAS

0
799

Pusat pentadbiran baru kerajaan negeri Pahang yang cukup besar di Kotasas. Design bangunan mengikut lambang negeri Pahang. Dengan tanah berkeluasan 53 ekar, ia bakal menggantikan pusat pentadibiran sedia ada meliputi Wisma Sri Pahang/Wisma Persekutuan di kawasan seluas 8 ekar yang telah beroperasi lebih 46 tahun lepas sejak 1967.

Pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri juga telah pun memulakan proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2020. Ia melibatkan blok bangunan pentadbiran negeri, blok bangunan kerajaan persekutuan, bangunan Dewan Undangan Negeri dan pejabat Menteri Besar Pahang. Ini kerana pusat pentadbiran kerajaan negeri Pahang dikatakan sudah usang dan amat tinggi kos penyelenggaraan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com