Resepi Istimewa Bubur Lambuk Dari Air Tangan Raja Permaisuri Agong

0
2328

Anggota kariah dan orang ramai di kawasan sekitar Masjid Jamek, Kampung Baru semalam tertarik dengan kelincahan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ‘beraksi’ memasak bubur lambuk resepi istimewa baginda.

Resepi Istimewa Bubur Lambuk Dari Air Tangan Raja Permaisuri Agong
FOTO: NAZIRUL ROSELAN

Baca juga : Biodata Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Baginda yang terkenal dengan hobi memasaknya langsung tidak kekok menyingsing lengan baju sambil menyediakan sendiri dua kawah bubur lambuk ayam dan daging. Tunku Azizah turut berkenan mengedarkannya sendiri bubur lambuk yang telah dibungkus kepada 1,000 bungkusan kepada wakil masjid daripada tujuh zon di Wilayah Persekutuan.

Resepi Istimewa Bubur Lambuk Dari Air Tangan Raja Permaisuri Agong
FOTO: NAZIRUL ROSELAN

“Makcik pertama kali tengok Raja Permaisuri masak, selalu dengar cerita dan tengok kat televisyen Tuanku pandai masak, ini tengok sendiri memang rasa gembira lah, memang nampak kehandalan Tuanku masak, tak sabar nak rasa air tangan Tuanku,” kata Siti Wahab, 65, anggota kariah di Masjid Kampung Baru selama 10 tahun.

Resepi Istimewa Bubur Lambuk Dari Air Tangan Raja Permaisuri Agong
FOTO: NAZIRUL ROSELAN

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata dua kawah bubur lambuk yang dimasak oleh Tunku Azizah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 71 buah kawah bubur lambuk termasuk satu penyertaan daripada Persatuan Anak Melayu Johor yang dimasak secara gotong-royong melalui program berkenaan.

“Ia dianggarkan boleh dibungkus kepada 13,600 bungkusan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Resepi Istimewa Bubur Lambuk Dari Air Tangan Raja Permaisuri Agong
FOTO: NAZIRUL ROSELAN
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com