Rokok dan Arak Seludup Bernilai RM80,000 Dirampas Di Kuala Pahang, Rompin

0
405

Rokok dan arak pelbagai jenama yang dipercayai barangan larangan serta seludup melibatkan nilai rampasan RM80,031.50 telah dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga dekat Kuala Pahang, Rompin hari ini.

Barangan yang dirampas adalah 250 karton rokok jenama U2 Merah membabitkan nilai RM33,400 dan 720 tin arak pelbagai jenama dengan nilai RM6631.50.

Pihak Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dianggarkan bernilai RM40,000 dan menahan seorang lelaki berusia 75 tahun bagi membantu siasatan.

“PPM Wilayah Tiga menerima maklumat awam berhubung perkara itu dan hasil pemantauan telah mengesan sebuah Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota kita menahan kereta itu dan hasil pemeriksaan menemukan sejumlah rokok dan arak yang disyaki tidak sah disorokkan di beberapa bahagian dalam tempat penumpang serta bonet kereta itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norzaid berkata, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com