Sejarah Awal Felda Lurah Bilut

0
1119

Asal Usul Felda Lurah Bilut

Felda Lurah Bilut

Kewujudan Felda Lurah Bilut ini begitu istimewa terutama bagi generasi pertama masyarakat tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kerana di sinilah bermulanya sejarah bagi rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama di Malaysia dan dunia.

Sejarah Bilut asalnya pula adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadankan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Klau dan bilut adalah sejenis ikan darat dan nama saintifiknya Krytopterus Cryptopterus.

Lurah Bilut ini ialah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang (merupakan kawasan bersempadan dengan daerah Raub). Ianya bermula bagi rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia pada tahun 1957.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Felda yang terletak di Bentong Pahang itu memahat sejarah pembangunan tanah pertanian secara berkelompok dan simbol perpaduan rakyat negara ini.

Sebenarnya, ramai anak muda yang tidak tahu asal usul kewujudan daerah Bilut seperti saya yang mula tahu sejak adanya penggambaran sebuah filem Bilut yang dikeluarkan sempena sambutan 50 tahun Felda.

Sebagai generasi muda, berbanggalah kita dilahirkan sebagai anak Felda kerana Felda banyak memberi inisiatif dan pengalaman yang sangat tidak ternilai.

Berbeza daripada Felda lain, Felda Lurah Bilut bermula daripada sebuah kawasan hutan yang diteroka sepenuhnya oleh peneroka sehingga menjadi sebuah tanah rancangan seperti hari ini.

Baca juga : Tok Adi Bercerita Mengenai Felda Lurah Bilut

Sejarahnya bermula pada 16 Ogos 1957, apabila Felda mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang sebelum diluluskan pada 1 April 1958. Itulah detik permulaan pembangunan Lurah Bilut melibatkan kawasan seluas 5,288 hektar.

Felda Lurah Bilut

Pada 1 april 1958 pula FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang dan telah meluluskan cadangan tersebut. Pada 1 April 1958 bermula lah pembangunan Lurah Bilut yang melibatkan kawasan seluas 12,920 ekar.

Penghijrahan seramai 616 peserta terawal di kawasan itu dilakukan berperingkat, bukan hanya melibatkan kaum Melayu seramai 400 orang, tetapi juga Cina (169 orang) serta India (47 orang), menjadikan tanah rancangan simbol kepada perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Ianya merupakan penempatan FELDA yang pertama di Malaysia, yang telah di ilhamkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Bapa Pembangunan Malaysia.

Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang.

Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan kalian, di Felda Lurah Bilut ini mempunyai kesatuan antara kaum yang tinggi. Di sini juga letaknya lorong-lorong yang dibuat berdasarkan kepelbagaian kaum. Kalian boleh lihat sendiri adanya masjid, kuil, gereja dan tokong di sini.

Ada pekan kecil masyarakat cina, ada juga kawasan untuk masyarakat India juga ada masyarakat mamak yang sama-sama membangunkan diri di tanah rancangan ini. Di sini juga terdapat air terjun yang indah. Sungainya yang jernih menyebabkan kalian teringin untuk terjun dan mandi-manda! Seronok!

Felda Lurah Bilut

Felda Lurah Bilut terletak sekitar 10 kilometer dari Bandar Bentong. Perjalanan ke lurah bilut mengambil masa hanya satu jam lebih. Masuk tol Bentong kemudian ikut papan tanda terus ke Bandar. Jika anda bergerak dari Kuala Lumpur, hanya perlu menggunakan Lebuh Raya Gombak-Karak, kemudiannya keluar di exit Bentong. Kemudian anda akan tiba di Bandar Bentong dan ambil jalan menuju ke Raub.

Felda ini terletak di sebelah kanan jalan sahaja. Sepanjang perjalanan, jika ada rezeki, anda akan nampak para penjaja menjual di bahu jalan. berhentilah seketika dan nikmatilah durian dan nangka madu yang dijual di bahu jalan. Best!

Terdapat sebuah Muzium Felda disini. Pada tarikh 22 September 2005, Muzium FELDA di Lurah Bilut, Pahang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Felda Lurah Bilut

Bangunan yang dijadikan sebagai Muzium FELDA itu sebelum ini adalah bangunan pejabat pentadbiran FELDA Lurah Bilut yang telah dibina dalam bulan Julai 1958.

Felda Lurah Bilut

Muzium yang berkonsepkan rumah tradisional ini mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan felda sejak tahun 1958.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com