Setelah penempatan baru dibuka seberang Kuala Sg Semantan oleh Panglima Bagus dari Perak yang berkahwin dengan anak perempuan keturunan Tuk Suji Bilang, dari semasa kesemasa semakin ramai peniaga samada penduduk tempatan atau peniaga luar yang menggunakan Sg Pahang menjadikan tebing Sg Semantan ( Temerloh Explande ) sebagai tempat pertukaran barangan (berniaga). Aktiviti ini dipercayai bermula sekitar awal tahun 1800an dengan ketibaan orang Kampar yang terkenal sebagai peniaga yang gigih. Kemajuan pusat perniagaan ini sebagai pusat perniagaan termaju di pendalaman semenanjung sehingga matawang sendiri dinamakan nukud semantan telah digunakan dan dikuatkuasakan. Begitulah sejarah awal pekan sehari temerloh yang kini dipercayai telah berusia lebih 250 tahun.
Nama “Temerloh”…berasal dr loghat Reagan iaitu “mereloh” : tidur. Pekan ini dijadikan sebagai tempat transit atau perhentian orang berdagang atau orang yang merantau di tanah pahang. Termerloh bermakna tertidur. Seringkali orang yang berhenti rehat di pekan ini di zaman dahulu akan tertidur atau berenti rehat. Itulah asalnya perkataan atau nama pekan “Temerloh yang berkembang pesat menjadi sebuah daerah dan bandar.
Pekan sari Temerloh (kini dieja sebagai pekan sehari) merupakan sebuah pasar mingguan yang banyak menjual barangan-barangan dapur khusus untuk penduduk daerah Temerloh dan daerah sekitar. Pekan sehari Temerloh ini telah pun wujud sejak 1800an dan bermula pada setiap pagi hingga tengah hari pada tiap hari Ahad. Yang menariknya, pekan sehari Temerloh ini pernah diiktiraf sebagai pekan sehari yang terpanjang di Malaysia.
Sehingga kini, pekan sehari Temerloh ini masih pekan sehari yang terpanjang dan terbesar di negeri Pahang Darul Makmur. Terletak di kawasan yang dikenali kini sebagai Lurah Semantan, berhampiran tepi Sungai Pahang dan tebing kuala Sungai Semantan,Temerloh, Pahang, tambahan pula berstatus sebagai antara pekan sehari yang tertua di Malaysia yang masih bertahan sehingga hari ini, tentulah pekan sehari Temerloh ini mempunyai 1001 kisah yang amat menarik untuk para pengunjungnya.
Pada sekitar tahun 1960an, pekan sehari Temerloh ini telah diberi jolokan oleh para pemuda dan pemudi di daerah Temerloh sebagai “Gesel Street”. Kisah mengenai ragam para peniaga dan pengunjung di pekan sehari Temerloh pada waktu itu, selain permasalahan yang wujud dalam kalangan para peniaga, sosio-budaya masyarakat daerah Temerloh sekitar 1960an dan mengapa diberi jolokan “Gesel Street” kepada pekan sehari Temerloh pada waktu itu ada dicatatkan berdasarkan pengalaman oleh saudara Ahmad Sanusi dalam artikel di halaman 6, kawat Berita Harian, 21 Januari 1962.
Gambar pekan sehari sekitar 1942
Moh kita saksikan video berkenaan pekan sehari Temerloh
Anda dijemput untuk like facebook page Negeri Pahang