ASAL USUL ORANG KAMPAR DAN PENEMPATAN MEREKA DI PAHANG
Patopang, Mandeleong dan Caniago. Setiap suku ini ada juga pecahannya tapi tidak sebanyak suku Melayu. Orang-orang Kampar tersebut dengan kealimannya dan berpegang teguh kepada ‘ Adat Bersendi Syarak dan Syarak bersendikan Kitabullah. Syarak Menyebut, Adat Membuat.’
Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:
i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)
Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:
i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu
Suku lain :
1. Pitopang
2. Bendang
3. Kampai
Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.
Pada awalnya Orang Kampar datang ke Malaysia / Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau – Kuala Krau dan Kuala Lipis.
Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).
Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang.
Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.
Sekarang ini ciri-ciri tradisional masyarakat kampar agak sukar ditemui lagi disebabkan arus pemodenan. tetapi masih boleh juga ditemui ciri-ciri tradisional kampar (walaupun amat sedikit) sekiranya melalui kwsn kampung2 di sekitar daerah kampar, perak.
Sejarah masyarakat Kampar di Malaysia bermula dri tahun 1526 apabila rombongan pembesar2 dri Kampar mengiringi Raja Muzafar Shah, Putera Mahkota Sultan Mahmud Shah Melaka, belayar ke Gangga Nagara (Perak) dan mendarat di Beting Beras Basah, di kuala Sg Perak, dekat Bagan Datoh. Mereka kemudiannya menobatkan Putra Mahkota tersebut sebagai Sultan Muzafar Shah Perak. Sultan Mahmud mengambil perlindungan di Kampar yang diperintah oleh abangnya Raja Abdullah, apabila kalah dengan Portugis thn 1511 lari ke Pulau Penyengat di Bintan dn seterusnya ke Kampar.
Adiknya Muzafar bernama Alauddin Shah menjadi Sultan di Johor dan keturunan akhirnya adalah Sultan Mahmud yang mangkat dijulang. Setelah itu Johor diperintah oleh raja2 keturunan Bugis. Pekan Kampar di Perak memangnya dipelopori oleh orang-orang Kampar dri Riau. Dauk Bahaman, Pahlawan Pahang, ayahnya adalah keturunan Kampar dri Bangkinang. Masyarakat Kampar banyak terdapat di pesisir negeri Perak dri Hutan Melintang ke Teluk Intan, Kampar, Tapah, Parit, Slim, Tg Malim, di Selangor di kawasan pesisir dri Kuala Selangor smpai ke Sabak Bernam, Batang Kali, Sg Masin, Ulu Yam, Kuang, Rawang, Kg Medan PJ, Sentul, Shah alam , Klang dan Gombak. Di Pahang pula di Dong, Raub, Jerantut feri, Pasar Kuala Kerau dan Kerdau, Bt 1 Temerloh, Mentakab, dan Bt 8 Kuantan. Di Johor pula di Bt 4 jalan Kota Tinggi-Mersing.
Antara anak-anak Pahang yang berketurunan Kampar adalah Penyanyi Negara No.1 , YH Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad dan Pengarah Filem, U-Wei Haji Shaari.
Sumber Rujukan : FB Keturunan Kampar di Malaysia.
*Admin terpaksa memotong beberapa perenggan didalam artikel ini kerana ianya lebih bersifat peribadi dan tatabahasanya yang tidak rasmi akan mencacatkan keseluruhan artikel ini.
*Admin tidak bertanggungjawab atas tulisan yang dikongsikan. Sebarang cadangan dan pandangan mengenai artikel ini sangat-sangat dialukan.