Sejukkan Badan Di Taman Air Darul Makmur, Jerantut

0
3639

Taman Air Darul Makmur

Taman Air Darul Makmur, kawasan untuk mandi manda terbaru.

Anda ingin bercuti ? Tetapi tidak tahu kemana ?
Apa kata kali ini anda bersama keluarga ataupun sahabat handai menyejukkan badan di Taman Air Darul Makmur, Jerantut yang baru siap sepenuhnya 3 bulan lepas.

Taman Air Darul Makmur, sebuah taman mini di bawah pengurusan Hotel Darul Makmur, Jerantut yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Berkeluasan 2.5 ekar berkonsepkan Taman negara ini mempunyai 3 buah kolam iaitu kolam utama, kolam kanak-kanak dan kolam luncur.

Taman Air Darul Makmur

Taman Air Darul Makmur

Kolam-kolam ini dinamakan sempena nama pokok2 yg terdapat di Taman Negara seperti Tasik Meranti, Pantai Cengal dan Lubuk Tualang.

Terdapat juga 15 buah gazebo untuk disewa yang dinamakan sempena nama ikan di Sungai Pahang seperti ika kelah, tapah, tenggalan, kerai, lampam, jelawat dan sebagainya.

Untuk kemudahan pengunjung, kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan dan juga surau disediakan. Terdapat juga sebuah restoran diberi nama ‚ÄúTepian Darul Makmur” yang merupakan restoran dalam taman air milik hotel dan dijadikan food court bagi taman air ini.

Baca juga: Bukit Gambang Resort City

Taman Air Darul Makmur ini terletak di tengah bandar lama Jerantut. Pengunjung hanya perlu mencari lokasi Bandar Lama Jerantut, Hotel Darul Makmur atau Stesen Keretapi Jerantut untuk sampai kesini.

Taman Air Darul Makmur

Taman Air Darul Makmur

Taman Air Darul Makmur

Ia boleh memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa. Selain dari gazebo yang disewa, taman air ini turut menyediakan kerusi meja batu utk kemudahan pengunjung.

Apa yang menarik adalah harga tiket yang berpatutan iaitu RM16 untuk dewasa dan RM13 kanak-kanak.

Disamping itu pelanggan Hotel Darul Makmur, Jerantut akan diberikan diskaun istimewa untuk masuk ke taman air ini.

Utk tempahan pakej pelajar sekolah, family day dan sebagainya, boleh hubungi 09-2662552.

Jadi apa lagi yang ditunggu. Sebuah taman air yang masih baru, penuh kelengkapan, harga berpatutan sedang menanti warga Pahang terutama penduduk sekitar Pahang Barat.

Disamping itu ia milik Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sudah tentu sedikit sebanyak hasilnya digunakan untuk zakat. inshaAllah.

Disediakan oleh,
Unit Komunikasi & Media Pahang.

Baca juga: Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Dilawati

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com