Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Pahang Yang Pertama

0
4864

Sultan Negeri Pahang yang pertama adalah DULI YANG MAHA MULIA AL-MARHUM SULTAN AHMAD AL-MU’ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM BENDAHARA ALI yang memerintah Pahang dari tahun 1882 – 1914.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah merupakan anakanda kepada Bendahara Ali dengan Che Long, yang juga dikenali sebagai Che Lingga. Bendahara Ali merupakan pemerintah yang memerintah Negeri Pahang dari tahun 1806 hingga 1857.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah diputerakan pada 23 Mei 1836 bersamaan 5 Muharram 1252 Hijrah, di istana ayahandanya di Pulau Maulana, Pekan. Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah merupakan putera yang kelima daripada 11 adik beradik.

Baginda diisytiharkan menjadi Sultan pada 16 Ogos 1882 dan mangkat di Istana Pantai, Pekan pada 9 Mei 1914 sewaktu berusia 78 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 50 tahun. Baginda mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri, putera dan puteri. Jenazah baginda telah dibawa ke Kuala Pahang dan disemadikan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com