Sultan Mahmud Shah, Sultan Negeri Pahang Yang Kedua

0
3424

Sultan Negeri Pahang yang kedua adalah DULI YANG MAHA MULIA Al-Marhum Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah yang memerintah Pahang dari tahun 1914 – 1917.

Al-Marhum Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah diputerakan pada 4 Februari 1868 bersamaan 10 Syawal 1254 Hijrah. Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah atau sebelum ditabalkan lebih dikenali dengan Tengku Long Mahmud, adalah Sultan Pahang moden ke-2. Baginda diputerakan pada hari Jumaat, 4 Februari 1868 Masihi bersamaan 10 Syawal 1254 Hijrah, merupakan perkongsian hidup di antara Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dengan Che Ungku Pah binti Dato Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim seorang daripada isteri baginda.

Walaupun Baginda mendapat pelajaran secara tidak formal tetapi tanda-tanda kepandaian, kecerdikan dan kebijaksanaan Baginda memang terserlah. Tengku Mahmud bijak berkira bicara dan berunding. Pegawai- pegawai British yang datang ke Pahang pada masa itu sangat tertarik hati dan memuji kebijaksanaan Tengku Mahmud. Pergaulan yang baik dengan pegawai-pegawai British memberi peluang kepada Tengku Mahmud belajar menulis dan membaca serta cara-cara berfikir sebagai seorang yang bakal menggantikan ayahandanya.

Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya, menurut persetujuan Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.

Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar(Johor) pada Julai 1913 tetapi tidak meninggalkan zuriat. Baginda menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Yang Memerintah pada 9 Mei 1914 dan Tengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan Besar. Pemerintahan Baginda sebagai Sultan tidak lama, apabila Baginda mangkat pada 19 Jun 1917 di Rumah Rehat Kuala Pahang.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com