Tak ada Kebuk, Tak Jadi Laksa Pahang

0
599

Tak ada Kebuk, Tak Jadi Laksa Pahang

Selain daripada rendang yang mempunyai variasi di setiap negeri, laksa juga tidak terkecuali. Boleh dikatakan, setiap negeri ada laksanya tersendiri. Negeri Pahang juga ada laksa yang sedap sampai menjilat jari.

Sekali pandang, Laksa Pahang ini macam Laksa Johor. Nampak sama, tapi tak serupa.

Ramuan yang membuatkan Laksa Pahang unik adalah laksanya yang diperbuat daripada gandum. Laksa Pahang adalah laksa yang diperbuat daripada tepung gandum dan air sahaja. Mula-mula perlu uli tepung gandum dengan air sampai menjadi doh. Kemudian, doh dimasukkan dalam sebuah alat bernama Kebuk.

Alat ini diperbuat daripada tembaga dan ia mempunyai lubang untuk membentuk bebenang laksa. Sebenarnya, Kebuk adalah alat pembuat laksa yang berasal daripada Terengganu. Bezanya di Terengganu, mereka gunakan kebuk untuk buat laksa beras. Di Pahang, kita gunakan untuk buat laksa gandum.

Bebanang laksa itu perlu dimasukkan terus di dalam air mendidih, dikacau agar tidak melekat, dan dimasak selama 10 minit. Selepas 10 minit, laksa gandum tersebut boleh dikeluarkan dan dibasuh menggunakan air sejuk.

Nak buat laksa menggunakan kebuk perlukan kesabaran dan kekuatan yang tinggi. Sebab dan pulas kebuk untuk tolak doh gandum itu perlu kerja keras juga. Tak percaya, tanya sesiapa yang pernah lakukannya. Mesti akan cakap perkara sama.

Untuk kuah Laksa Pahang pula, kuahnya berwarna oren. Boleh dikatakan yang kuah Laksa Pahang adalah seperti gulai yang dimasukkan ikan kisar. Kalau nak sedap, guna ikan tenggiri dan ikan tenggiri jeruk. Untuk tambah kelazatan Laksa Pahang, boleh dimakan bersama belacan, timun, bawang, tauge, lada kering, kacang panjang, dan limau kasturi.

Biasanya, orang tak makan Laksa Pahang guna sudu. Caranya, gaulkan laksa dengan sedikit kuah dan bahan penambah perisa sampai sebati, lepas itu makan dengan tangan. Baru nikmat. Kalau makan dengan sudu garpu, tak sampai rasanya.

Ada sesiapa pandai buat Laksa Pahang? Meh kongsi resipi kat sini.

Gambar sumber daripada Rugged Mom.

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

laksa pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com