Kalau Terengganu ada Pasar Payang, Kota Bharu ada Pasar Siti Khadijah Kuantan kini miliki 1 kompleks baru Serambi Teruntum. Menggunakan konsep yang sama iaitu menjual barang-barang tempatan, kompleks ini bakal jadi destinasi persinggahan bagi pelancong yang ke Kuantan.
Serambi Teruntum adalah lokasi terbaru di Kuantan untuk mendapatkan produk makanan, tekstil, kraf, hasil laut serta keluaran tempatan dan antarabangsa. Serambi Teruntum beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Apa yang ada di Kompleks Serambi Teruntum? – 92 gerai jualan pelbagai produk (12 zon)
– One Stop Centre (OSC)
– Dataran Serambi Teruntum dan Ruang Legar
– Tapak penganjuran program
– Pelbagai aktiviti sokongan seperti Pasar Lambak, Pasar Tani, Car Booth Sales dan Food Truck
– My Farm Outlet (MFO)