8 Tempat Menarik Di Pantai Cherating

0
130

Cherating yang terletak nun di pantai timur Semenanjung Malaysia adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Pantai ini merupakan antara yang tercantik di Malaysia, terletak kira-kira 30 – 40 minit memandu dari Bandar Kuantan. Pantai Cherating juga merupakan sempadan antara Pahang dan Terengganu.

Antara penginapan popular yang terdapat di sini adalah Club Med Cherating, Holiday Villa Beach Resorts, Casa Titik, The Katsuri, Royale Chulan Cherating dan sebagainya. Selain daripada penginapan mewah, pengunjung juga boleh menginap di hotel atau homestay mampu milik yang terdapat di sini.

Salah satu tempat menarik di Pahang yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pantai yang cantik dengan pasir memutih, laut yang membiru ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Kuantan.

Memandangkan Pantai Cherating ini berada di Laut Cina Selatan, maka angin dan ombaknya sangat kuat dan menjadi tumpuan para pengemar aktiviti sukan air seperti papan luncur, wind surfing dan kite surfing. Tetapi ada banyak lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi sambil anda ke pantai Cherating ini. Antarany:

Tempat Menarik Di Sekitar Pantai Cherating

1. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, Cherating

Cherating Turtle Sanctuary terletak di sebelah Club Med Asia pertama di Cherating, Pahang. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai pemuliharaan penyu dalam usaha melindungi spesies yang membahayakan khususnya cengkerang Penyu . Ia dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun, 1 1998.

Terletak di Pantai Chendor , pusat ini membantu memanjangkan jangka hayat hidup penyu di sini untuk bertelur dari bulan April hingga Ogos. Ia juga bertindak sebagai pusat maklumat kepada Mendidik masyarakat tentang penyu dan keperluan untuk melindungi mereka.

2. Pantai Teluk Mak Nik ( Monica Bay )

Pantai Teluk Mak Nik terletak kira-kira 150 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Lokasi Pantai Teluk Mak Nik ini ialah di Geliga, Kemaman dan berhampiran dengan Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN). Dari Bandar Chukai, perjalanan hanya mengambil masa 5-10 minit untuk ke sini.

Dari pantai ini, anda dapat melihat bot-bot yang berlabuh di Kemaman Supply Base nun jauh di sana. Untuk pengetahuan anda juga, dekat pantai ini terdapat litar motorcross untuk perlumbaan dan latihan. Kalau bernasib baik, dapatlah anda lihat orang berlumba motorcross di sini. Bukan main lagi Mak Nik ni!

3. Zoo Kemaman & Taman Rekreasi

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini terletak di Bukit Takal, iaitu 14 km dari dari bandar Chukai. Ia adalah zoo pertama di Terengganu dan telah dibuka pada tahun 2009, dengan haiwan-haiwan dipelihara dalam kawasan seluas 54 hektar.

Menariknya, zoo ini menggabungkan taman buah-buahan, taman herba semulajadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai, taman rekreasi air dan mini zoo di dalam satu tempat.

4. Sungai Yah-Yah

Teringin hendak melihat kelip-kelip di ruangan udara macam bintang pada waktu malam ?

Kalau macam tu, Sungai Yah-Yah menjadi pilihan terbaik. Anda berpeluang untuk melihat habitat kelip-kelip berkelipan macam “cahaya bintang”. Semamngnya ia satu pemandangan yang sukar dilupakan dan anda akan rasa seolah-olah macam berada di dunia fantasi.

Kalau anda nak rasai pengalaman ini, bila waktu dah mulai gelap, anda sewa bot yang terdapat di jeti Sungai Yah-Yah. Waktu terbaik untuk melihat cahaya kelip-kelip ini adalah dari bulan Julai hingga Oktober sebab pada waktu ini kelip-kelip membiak dengan banyak sekali.

5. Pusat Anyaman Dan Kraf Kg Cherating

Seni tenunan daun telah berkembang untuk generasi demi generasi. Barang-barang yang ditenun dari pandan daun dianggap sebagai kualiti unggul kerana pandan daun lebih lembut dan mudah dibentuk berbanding dengan tenunan dari daun mengkuang, yang bagaimanapun lebih tahan lama. Di sini kita dapat melihat banyak kerajinan yang dibuat dari daun mengkuang yang ditenun.

Baca juga: 7 Tempat Menarik Di Negeri Pahang Darul Makmur

6. Limbong Art

Batik dikenal sebagai kebanggaan negara, jadi mari kita ke sini untuk mempelajari bagaimana corak batik dihasilkan supaya tak mati ditelan dek zaman. Selain batik anda juga berpeluang melihat kraftangan lain yang dijual di sini. Anda sekeluarga berpeluang mencanting batik sendiri, sebelum itu, anda perlu membeli dulu kain kosong yang ada di sini dalam bermacam saiz.

7. Hafiz’s Cherating Activities

Hafiz’s Cherating Activities menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga mengikut musim. Antara aktiviti yang ada adalah seperti melihat kelip-kelip di sungai dengan menaiki bot pada waktu malam, berkayak di sungai, lawatan snorkeling di Pulau Ular dan river cruise di paya bakau Cherating.

Aktiviti lain yang turut boleh diaturkan adalah seperti sukan ATV, program penanaman pokok di paya bakau, pelepasan anak penyu (April – September), aktiviti banana boat ride dan banyak lagi.

Boleh dikatakan hampir segala aktiviti best yang patut anda lakukan di Cherating ditawarkan oleh Hafiz’s Cherating Activities.

8. Pantai Cherating

Kalau dah bercuti di Cherating, aktiviti pantai memanglah aktiviti wajib untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Pantai yang cantik pastinya membuatkan pengunjung tak jemu meluangkan masa menikmati keindahan alam ini.

Ketika ke sini, aktiviti percutian kami sememangnya bertumpu di pantai. Di samping ia adalah aktiviti highlight untuk anak-anak, penginapan hanya semalaman di sini turut menghadkan aktiviti yang boleh dirancang.

sumber: DESTINASI PERCUTIAN

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com