Terowong Sungai Lembing Dibuka Kembali

0
2967

Terowong Sungai Lembing yang pernah menjadi antara pengeluar bijih timah terkemuka di dunia selama 40 dekad menyimpan pelbagai kisah misteri. Terowong Sungai Lembing yang sebelum ini ditutup sementara sejak 19 Februari lalu, kembali dibuka kepada orang awam hari ini, selepas kerja penyelenggaraan selesai dilakukan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, berkata terowong itu antara tarikan pelancong dari dalam dan luar daerah ini, menyebabkan kerja penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala.

“Kita biasanya akan menutup terowong ini ketika proses penyelenggaraan dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya, di sini, hari ini.

Katanya, terowong yang mula dibuka sejak 1 Januari 2013 itu menerima kedatangan pengunjung setiap hari dan dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang.

Bagi pelancong tempatan, dewasa dikenakan bayaran tiket sebanyak RM15 manakala kanak-kanak RM7.50, manakala pelancong asing dikenakan bayaran RM30 bagi dewasa serta RM15 untuk kanak-kanak.

“Kebiasaannya lebih 300 pengunjung datang ke terowong ini termasuk dari Korea Selatan, China dan Singapura terutama pada hujung minggu, ” katanya.

Admin Negeri Pahang berharap agar kawasan lombong warisan sejarah ini dapat terus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com