Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia

0
9113

Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-2 menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha yang meletak jawatan. Beliau mmerupakan anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang, daripada isteri pertamanya, Teh Fatimah binti Daud.

Beliau berkelulusan undang-undang dari United Kingdom dimana beliau lulus dengan cemerlang sebagai seorang peguam pada tahun 1950. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1950, beliau berkecimpung dalam bidang politik. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1951, dan telah menyertai rundingan untuk mencapai kemerdekaan daripada pihak British.

Pada tahun 1955, di pilihanraya umum pertama Tanah Melayu, parti perikatan ini – yang telah disertai oleh parti kaum India, iaitu MIC (Malayan Indian Congress) telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, membuktikan kepercayaan rakyat kepada mereka.

Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, Tunku melantik Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaya. Dasar Ekonomi Baru merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak, bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi.

Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan Buku Hijau dan Buku Merah, untuk merancang serta memantau pembangunan luar bandar dan sektor pertanian. Setimpal dengan segala jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan luar bandar dan di peringkat nasional, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran “Bapa Pembangunan Malaysia.”

Anda dijemput untuk like facebook page NegeriPahang.Com

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi negeripahang.com